♥ ♥♥ ♥♥ ♥ CLiCk HeRe ♥ ♥♥ ♥♥ ♥


11 March 2011

Tsunami di Jepun..

Kuasa ALLAH...
Kita sebagai manusia biasa tidak tahu apa yang bakal berlaku dan yang akan terjadi kepada kita..
Tukang tilik, bomoh atau segala2 tilik pon tidak dapat menandingi kuasa Allah S.W.T.

Gempa bumi bermagnitud 8.9 pada skala richter melanda Jepun awal petang tadi mengakibatkan tsunami setinggi 10 meter melanda beberapa bandar kawasan pantai negara itu.

Angka yang terkorban masih tidak diketahui. Bandar Tokyo yang dihuni 30 juta penduduk mengalami gegaran yang kuat..Bayangkan la di tokyo sahaja ada 30 juta penduduk, bagaimana pula penduduk di tempat lain. Penduduk di Tokyo sahaja sudah melebihi penduduk di malaysia.. Tsunami ini merupakan kejadian terburuk dalam 20 tahun ini...Menurut berita, tsunami ini tersebar sejauh 125km...jauh sangat2...
Nauzubillah..Moga2 kita dijauhkan dari malapetaka ini.












Jepun negara yang maju dan kaya dengan teknologi yang tinggi juga tidak mampu melawan kuasa Allah..
Semoga dengan petunjuk ini dapat kita berfikir sejenak betapa kita telah lalai dalam hidup kita ini...
Moga semua rakyat Malaysia dapat berdoa agar kita dijauhkan dari malapetaka ini..
Amin Ya Rabbal Alamin...


03 March 2011

MAHER ZAIN LIVE IN CONCERT...!!

Assalamualaikum...

Sekarang ini aku sudah malas untuk menghupdate blog..Bukan tidak mahu tetapi kekangan masa dan pelbagai kekang2 lagi...Sangat2 sibukkk...Namun..sesibuk2 aku ni, sempat lagi aku pergi konsert Maher Zain 26/2/2011...
Rugi la kalau tak dapat pergi beb..

Sebelum aku dapat menjejakkan kaki di Stadium Malawati, macam2 dugaan la perlu dilangkahi, dilangkah dan terus dilangkah...Sebelum pergi, hari nak pergi, selepas pergi...Semuanya dugaan..Namun, aku redha dengan semua itu...Ada hikmah disebalik semua yang Allah aturkan itu..Insyaallah...

Okey...Tidak perlu belok2 lagi...mari kita memulakan pengembaraan kita bersama2..
Ayuh dong..!

Disebabkan dugaan2 yang hebat melanda diriku dan My A..Kami memulakan perjalanan dari tanjung malim pada pukul 7.10 malam...Cuba bayangkan pukul 7.10 malam masih berada di Tanjung malim dan agak2 pukul berapa la nak sampai Shah alam kan..*Gunakan kepakaran Matematik anda sekarang*
Masa di Tiket menunjukkan konsert akan bermula pada pukul 8.30malam...
BAYANGKAN...!! Kalau drive biasa2 pun amik masa hampir 2 jam untuk sampai ke S.Alam..
OMG..!!
Memang Dugaan...


Takpe2..dugaan ape pon, kita harungi je..kata aku dalam hati..
Akhirnya selamat juga sampai di shah alam..nak tau x pukul berapa sampai..?
7.55 malam..
Yes..!! 7.55malam...
Mungkinkah aku sebenarnya menaiki helikopter tadi..?? Tapi memang x drive laju pon...
Pelik jugak aku rasa tapi takpe la...
Nak dijadikan cerita, sampai je kt SA memang betul2 kat sebelah stadium Malawati..Jadi kami tak perlu amik masa yang lama untuk cari jalan...
Alhamdullilah..sampai juga kami..

Bila aku lihat sekeliling staduim tu, pelbagai jenis orang yang ada...Ramainya orang takyah cakap la..memang ramai sangat...Agak kelam kabut juga keadaan sebab ada yang kena redeem tiket dulu kalau yang beli melalui online..Nasib la kami ni memang dapat tiket terus...
Yang paling menarik hati aku bila tengok fesyen2 tudung yang dipakai oleh gadis2 disitu..Yang berlilit, berenda2, berbungkus2 dan macam2 lagi la..Tapi yang sejuknya mata ni pandang bila majoriti orang yang datang 2 semuanya bertudung..Agak teruja aku tengok keadaan sebegitu..Memang berbeza dengan situasi di konsert artis2 Malaysia OK..

Ini adalah situasi2 yang ada ketika itu......

Tengok orang beratur nak masuk..
Ada 3 bahagian..
Bahagian Center untuk tiket harga RM269 
dan 
dua bahagian lagi untuk North dan South untuk tiket harga RM103 dan RM53

Permulaan konsert dimulakan dengan kumpulan INTEAM



 Disusuli dengan persembahan IrfanMakki dari Kanada..
Dan
Mesut Kurtis dari Macedonia..

 Akhirnya.......
Maher zain..!!!!








Kesimpulannye : MaherZain is the best best singer..Sangat2 puas hati dapat datang konsert ni..
Suaranya...Tersangat merdu..Banyak kali la aku terkedu, tergamam dan segala terr lagi la sampai tak berkelip mata tengok persembahan dia...
Paling best dengar dia nyanyi live 'insyaallah versi melayu'...Boleh dengar kt u-tube Insha Allah (Melayu)

~FoR ThE ReST Of My LiFe~

18 February 2011

Perempuan2, sila jaga hati perempuan lain tauuu..

HOT..
.
.
.
.
HOT..
.
.
.
.
HOT..
.
.
.
.
HOT STORY..

Arini aku nk bercerita kisah perempuan-perempuan diluar sana yang x menjaga hati kaum sendiri WALAUPUN tanpa disedari...

camne yek ade perempuan2 yg cmni kt luar sana..? xde perasankah mereka..? atau memang sejak dilahirkan tanpa hatikah..??
Apakah agaknya difikiran mereka..?
oh..aku tidak mengerti.....

straight 2 the point la...cerita ini hanya sesuai dibaca oleh pelempuan2 yg sedang bercintan..yg sedang bermaggi xyah la baca..xde kena mengena pon... =p
sapa2 yang ada bf mesti otomatik ade prasaan cemburu kan..betol x..? ke aku sorg ja ada prasaan cmtu..?
Wat ever la..ada prasaan Cemburu bermakna aku ni masih lagi kategori manusia normal..
OK..aku normal..Alhamdullilah...

Bab cemburu ni baru bab 1..Bab yg ke2 disini ialah apabila bf anda ada kwn perempuan..apa prasaan anda?sudah tentu tidak kisah kan..normal la 2 lelaki ade kawan pmpuan..takkan la xleh kawan lansung pulak kotttt..Melampau la tu...QUEEN btol kalau camtu...

Tapi yg masalah kat sini kalau kawan perempuan tapi RAPAT...Diulang suara...RAPAT...
Kadang2 si perempuan 2 pulak lebih2 dari si GF nye..Adoii...perempuan2...
Mula2 berkomen koman dalam fb..OK fine...boleh diterima....pastu berhantar bermesej dalam telefon..
OK fine...mybe sebab asaimen or else or about discussion bagai or..or..
or..
or..
OR..........
haa...ni yg chek xmau dengaq ni...MENGATAL...ayoyoyo..banyak kes yg aku dengar camni...
si LELAKI...sudah lumrah memang tidak boleh digoda..goda goda akhirnya tergodam...auuchhhh..!!
*harap2 la My A tidak seperti itu..Amin...*

Itu kes kedua2 pihak...kalau kes yang paling aku hangin..aku..?? eh..silap..aku hangin mewakili perempuan2 diluar sana...dorg wakilkan aku untuk berbicara disini...Yang paling x suka kalau si lelaki dah bagitau dia ade gf tapi masih nak jgk gatal2..tolong la yek wahai perempaun...jagalah hati wanita2 diluar sana juga..andainya anda kawan rapat ngn bf dia pon dan andainya anda tidak ada hubungan apa2 skalipn, xperlu la lebih2 seolah2 anda pulak AWEK die...kadang2 kt fb, si perempuan ni yg memonopoli mengomen-ngomen smpkan si gf xde ruang pon nk selit komen die....Parah3x...dah terpampang kt sebelah tu 'in a relationship with'......tp x paham lagi ka...kalau dah si lelaki 2 dah gtau ade awek, xperlu la nak rapat2..
Ohhhhh....sangat mencik nengok...



TENGOK boleh, PEGANG..?? Jangannnnnnn....

Melainkan kalau si lelaki yg ade gf itu pon ade perasaan pada wanita itu...dua2 dh suka..Layannnnn jala....mungkin ada sebab si lelaki itu berkawan ngn si perempuan yg lain..
(walaupon lelaki itu kategori gatal..ahakk..!)

RELEX2..ape Emon emon ni..

dush3x...pang3x..Krooh3x...
Oh...rupenye2 aku bermimpi di tengahari...(*.*)zzzzzzzzzzzzzzzzzz


16 February 2011

Apabila lelaki kehilangan tulang rusuk..

Malam yang hening...
Tiba-tiba satu perasaan jiwa meresap2 dalam sanubariku..
tah dari mana datangnya aku pon xtau..
adakah ia datang tiba2 atau sememangnya aku memang jiwang..??
Oh...takkan kot....
(*.*)(*.*)..

Sedang relex2 sambil membelek mukabuku, ternampak satu link yang bertajuk
"APABILA LELAKI KEHILANGAN TULANG RUSUK"
Sangat merentap2 hati ingin membaca isi yang terkandung disebalik tajuk ini..
ohhhh..seyesly sangat terkedu membacanya...aku masih tak mengerti mengapa aku terkedu..
MENGAPAKAH..? MENGAPAKAH..??????

Sesiapa yang membacanya pasti akan suka..Ya..PASTI..!!!!

Ini adalah sorotan ceritanya...........................*Sedih2*

WANITA : Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?
LELAKI   : Kamu!!!
WANITA : Menurut kamu, saya ini siapa?
LELAKI   : (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) 


Kamu, tulang rusukku..!!

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur,
Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang
rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi
merasakan sakit di hatinya…


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk
sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan
masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi
membosankan.


Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan
cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai
menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA
lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak “Kamu tidak
cintakan saya lagi !!”.


LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga
berteriak “Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang
rusukku !!”





Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.




LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang
telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air
mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad
untuk berpisah. “Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi
Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing”.

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha
mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi
sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.
LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.


Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di
hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana
banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah
dinding pembatas.






LELAKI   : Apa khabar?
WANITA: Baik… Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?
LELAKI  : Belum.
WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan
kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu
nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah. 



WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz “Selamat tinggal..”

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang
korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan
kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah
kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia
patahkan.






Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai.
Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang
dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah
terlambat…

Kerana itu,  jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh
hati. Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata
yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan
menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar
risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan
akibat yang akan diterima?
 Nota Kaki Tangan
..Aku dijadikan dari tulang rusuk siapa..??

22 January 2011

6 TANDA TERLEBIH BERI CINTA...!!


 Jikalau anda mempunyai simptom-simptom sebegini, cepat-cepatlah ke hospital yang berdekatan dengan rumah anda sebelum ianya kritikal...


1. kamu menelefon si dia lebih dari si dia menelefon kamu

2. Segala perancangan untuk keluar semuanya kamu yang aturkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak kamu keluar. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang kamu keluar bersama. hanya kamu sahaja yang keluarkan wang

3. Kamu sahaja yang sering memberikan si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberikan hadiah biarpun pada hari jadimu

4. Apa sahaja yang di mintaknya, kamu pasti akan sedaya upaya mengadakannya biarpun sesetengah daripada permintaannya itu di luar keupayaan kamu, namun demi cinta, kamu sanggup menebalkan muka meminjam wang dari teman-teman untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.

5. Setiap kali membawanya keluar, kamu sentiasa memastikan kamu membawannya ke tempat-tempat yang mahal dan mewah. tujuan kamu berbuat demikian kerana mahu dia sentiasa gembira dan seronok keluar bersama kamu. walaupun pada hakikatnya kamu bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian.

6. Begitu memanjakan si dia, biarpun sudah pasti si dia melakukan kesalahan dan cuba curang pada kamu, tetapi kami hanya bersikap tidak nampak kerana tidak mahu hubungan kamu dan dia terjejas.

AKIBAT TERLEBIH MEMBERI CINTA

1. Kamu akan cepat merasakan diri tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberi apa yang selalu diberikannnya pada kamu atau apa yang diberikannya telah berkurangan. misalnnya di awal percintaan, sia dia setiap hari akan menghadiahkan kamu sekuntum bunga dan sekeping kad. tetapi lama kelamaan hanya sekuntum bunga sahaja di hadiahkan untuk kamu tanpa kad. kemudian semakin lama. sia dia langsung tidak memberi apa-apa. kamu pasti akan cepat merasa sedih dan menganggap si dia tidak lagi menyayangimu. Akhirnya hubungan kamu dan dia ibarat retak menanti belah hanya kerana hal yang kecil

2. oleh kerana kamu merasakan telah memberi terlalu banyak, wujud perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah kamu beri dan lakukan. Misalnya kamu sanggup berkorban semua dari gaji kamu untuk membeli hadiah untuknya. kamu terlalu berharap si dia menghargai apa yang telah kamu buat untuknya dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kamu. namun ia berlaku sebaliknya, kamu pasti akan rasa sedih dan tersinggung. Seterusnnya hubungan kamu pasti tidak mampu bertahan lagi

3. Kamu tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan kamu. pakaian kamu tidak pernah bertukar sedangkan untuk pasangan kamu setiap minggu kamu mengajaknnya keluar membeli belah. Bukan itu sahaja, kamu sendiri hanya mampu belajar sampai tahap diploma tetapi demi si dia kamu sanggup habiskan membiayai pelajarannya sampai ke peringkat tertinggi. Akhirnnya pekerjaan, pelajaran atau apa sahaja yang kamu lakukan akan terjejas dan kesannya akan berbalik kpd perhubungan kamu. tidak mungkin si dia mahu terus bersama kamu andainya dia merasakan kamu terlalu banyak kekurangan dari dirinya

4. Keceriaan dalam hidup kamu makin hari makin hilang. kamu hanya akan gembira apabila dapat membuatkan si dia gembira. mungkin kamu sedar yang kamu sebenarnya hanya dipermainkan, diperbodohkan dan di ambik kesempatan namun kamu tidak mempedulikan semua itu dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta. Pun begitu lagi jauh kamu mengejarnnya, si dia semakin tidak mengendahkan kamu kerana si dia tahu apa pun yang si dia lakukan pada kamu ia tidak akan sedikitpun melunturkan cinta kamu padannya

5. lama kelamaan si dia hanya akan bersama kamu apabila si dia memerlukan pertolongan kamu sahaja. Sekiranya tidak, sia dia akan mula menjauhkan diri kamu dan memberi pembagai alasan apabila kamu ingin bertemu. Manakala kamu pula semakin kerap membuat, memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama kamu. namun tindakkan kamu itu ternyata sia sia. Si dia tidak pernah menghargai apa yang kamu lakukan.





TINDAKAN SEBAIKNYA

Apa yang perlu kamu lakukan ialah berhenti berharap.
Maksudnya, andai kamu terlebih beri sebaiknya berhenti atau kembali melangkah ke belakang semula supaya perhubungan boleh bernafas kembali.

cara yang boleh kamu lakukan ialah elakkan daripada menghubunginya. Diamkan diri buat sektika. kalau boleh, pergi melancing, balik kampung, berehat ke tempat lain dan hantar satu poskad sahaja kepada si dia. Sekirannya kamu tidak boleh melancong atau ke tempat lain. Sibukkan diri kamu mungkin dengan kerja atau dengan rakan untuk beberapa minggu.

Jangan risau, kamu tidak akan kecewa. Ini penting, berikan ruang untuk perhubungan kamu. biar masa berlalu tanpa ada tindakan dari kamu dan jangan lupa masa yang sama kamu perlu sentiasa ceria. mungkin sesekali boleh buat panggilan telefon dan sms tetapi jangan bercakap terlalu lama dan kerap sms. sekadar bertanya khabar sudah memadai, itu pun mungkin 2 minggu sekali.

wujudkan ruang seperti ini dalam perhubungan membolehkan kedua pihak memikirkan semula hala tuju perhubungan. segala tindakan yang tidak sesuai dapat diperbetulkan semula. tindakan yang tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat kerana fikiran kamu telah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi...





Sila2...isikan maklumat anda agar saya boleh melawat anda nanti..OK..=))

Isikan nama anda disini :
Email anda :
Link blog anda :
Entri apakah yang menarik minat anda : sukan
hiburan
fesyen
fotografi
isu semasa
cinta
gaya hidup

Click here to put a form like this on your site.

♥ ♥♥ ♥♥ ♥ CLiCk HeRe ♥ ♥♥ ♥♥ ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...