♥ ♥♥ ♥♥ ♥ CLiCk HeRe ♥ ♥♥ ♥♥ ♥


22 January 2011

6 TANDA TERLEBIH BERI CINTA...!!


 Jikalau anda mempunyai simptom-simptom sebegini, cepat-cepatlah ke hospital yang berdekatan dengan rumah anda sebelum ianya kritikal...


1. kamu menelefon si dia lebih dari si dia menelefon kamu

2. Segala perancangan untuk keluar semuanya kamu yang aturkan, tidak pernah sekalipun dia cuba mengajak kamu keluar. Bukan itu sahaja, si dia juga tidak pernah membayar apa-apa sepanjang kamu keluar bersama. hanya kamu sahaja yang keluarkan wang

3. Kamu sahaja yang sering memberikan si dia hadiah sedangkan si dia langsung tidak teringat untuk memberikan hadiah biarpun pada hari jadimu

4. Apa sahaja yang di mintaknya, kamu pasti akan sedaya upaya mengadakannya biarpun sesetengah daripada permintaannya itu di luar keupayaan kamu, namun demi cinta, kamu sanggup menebalkan muka meminjam wang dari teman-teman untuk mendapatkan apa yang diinginkannya.

5. Setiap kali membawanya keluar, kamu sentiasa memastikan kamu membawannya ke tempat-tempat yang mahal dan mewah. tujuan kamu berbuat demikian kerana mahu dia sentiasa gembira dan seronok keluar bersama kamu. walaupun pada hakikatnya kamu bukanlah terlalu kaya untuk berbuat demikian.

6. Begitu memanjakan si dia, biarpun sudah pasti si dia melakukan kesalahan dan cuba curang pada kamu, tetapi kami hanya bersikap tidak nampak kerana tidak mahu hubungan kamu dan dia terjejas.

AKIBAT TERLEBIH MEMBERI CINTA

1. Kamu akan cepat merasakan diri tertipu dan marah andai suatu hari nanti si dia gagal memberi apa yang selalu diberikannnya pada kamu atau apa yang diberikannya telah berkurangan. misalnnya di awal percintaan, sia dia setiap hari akan menghadiahkan kamu sekuntum bunga dan sekeping kad. tetapi lama kelamaan hanya sekuntum bunga sahaja di hadiahkan untuk kamu tanpa kad. kemudian semakin lama. sia dia langsung tidak memberi apa-apa. kamu pasti akan cepat merasa sedih dan menganggap si dia tidak lagi menyayangimu. Akhirnya hubungan kamu dan dia ibarat retak menanti belah hanya kerana hal yang kecil

2. oleh kerana kamu merasakan telah memberi terlalu banyak, wujud perasaan terdesak dalam diri akibat terlalu ingin melihat hasil atas apa yang telah kamu beri dan lakukan. Misalnya kamu sanggup berkorban semua dari gaji kamu untuk membeli hadiah untuknya. kamu terlalu berharap si dia menghargai apa yang telah kamu buat untuknya dan akan melakukan sesuatu yang lebih baik dari itu untuk kamu. namun ia berlaku sebaliknya, kamu pasti akan rasa sedih dan tersinggung. Seterusnnya hubungan kamu pasti tidak mampu bertahan lagi

3. Kamu tidak mengendahkan diri sendiri kerana terlalu menumpukan perhatian kepada pasangan kamu. pakaian kamu tidak pernah bertukar sedangkan untuk pasangan kamu setiap minggu kamu mengajaknnya keluar membeli belah. Bukan itu sahaja, kamu sendiri hanya mampu belajar sampai tahap diploma tetapi demi si dia kamu sanggup habiskan membiayai pelajarannya sampai ke peringkat tertinggi. Akhirnnya pekerjaan, pelajaran atau apa sahaja yang kamu lakukan akan terjejas dan kesannya akan berbalik kpd perhubungan kamu. tidak mungkin si dia mahu terus bersama kamu andainya dia merasakan kamu terlalu banyak kekurangan dari dirinya

4. Keceriaan dalam hidup kamu makin hari makin hilang. kamu hanya akan gembira apabila dapat membuatkan si dia gembira. mungkin kamu sedar yang kamu sebenarnya hanya dipermainkan, diperbodohkan dan di ambik kesempatan namun kamu tidak mempedulikan semua itu dan terus berusaha untuk mendapatkan si dia hanya atas nama cinta. Pun begitu lagi jauh kamu mengejarnnya, si dia semakin tidak mengendahkan kamu kerana si dia tahu apa pun yang si dia lakukan pada kamu ia tidak akan sedikitpun melunturkan cinta kamu padannya

5. lama kelamaan si dia hanya akan bersama kamu apabila si dia memerlukan pertolongan kamu sahaja. Sekiranya tidak, sia dia akan mula menjauhkan diri kamu dan memberi pembagai alasan apabila kamu ingin bertemu. Manakala kamu pula semakin kerap membuat, memberi dan melakukan segalanya untuk si dia bagi memastikan si dia kekal bersama kamu. namun tindakkan kamu itu ternyata sia sia. Si dia tidak pernah menghargai apa yang kamu lakukan.





TINDAKAN SEBAIKNYA

Apa yang perlu kamu lakukan ialah berhenti berharap.
Maksudnya, andai kamu terlebih beri sebaiknya berhenti atau kembali melangkah ke belakang semula supaya perhubungan boleh bernafas kembali.

cara yang boleh kamu lakukan ialah elakkan daripada menghubunginya. Diamkan diri buat sektika. kalau boleh, pergi melancing, balik kampung, berehat ke tempat lain dan hantar satu poskad sahaja kepada si dia. Sekirannya kamu tidak boleh melancong atau ke tempat lain. Sibukkan diri kamu mungkin dengan kerja atau dengan rakan untuk beberapa minggu.

Jangan risau, kamu tidak akan kecewa. Ini penting, berikan ruang untuk perhubungan kamu. biar masa berlalu tanpa ada tindakan dari kamu dan jangan lupa masa yang sama kamu perlu sentiasa ceria. mungkin sesekali boleh buat panggilan telefon dan sms tetapi jangan bercakap terlalu lama dan kerap sms. sekadar bertanya khabar sudah memadai, itu pun mungkin 2 minggu sekali.

wujudkan ruang seperti ini dalam perhubungan membolehkan kedua pihak memikirkan semula hala tuju perhubungan. segala tindakan yang tidak sesuai dapat diperbetulkan semula. tindakan yang tepat dan baik untuk perhubungan dapat dibuat kerana fikiran kamu telah kembali normal dan keputusan tidak dibuat berdasarkan emosi...

18 January 2011

Seluar JIN

YES...!!
Aku amat mengemari seluar jeans..
Tak kira dok rumah ke, pergi pasar malam sekalipun aku akan pakai seluar jeans..
Bagi aku, jeans ni sempoi tapi style..
Tapi, ramai jugak yang tak minat pakai..
Tak kisah la kan...Janji aku suka suda.....

Bab minat tu dah OK..
Bab nak beli tu masalah sikit..
SIKIT..?
Oh Nooo....Macam masalah banyak je...
Sesunguhnya aku amat cerewet memilih jeans..

Jika Dulu..Dulu..Dulu..
Aku lebih prefer memilih jeans jenama ala-ala ladies cket contohnya GUESS..
Tapi.....boleh tahan mahel gak la hargeeenye...
Kadang-kadang aku hentam ja beli tp aku selalunya akan pastikan poket belakang seluar 2 mesti unik dan style..* Demand la sgt..*
Tapi ape2 pon, Jeans Levis tetap yg terbaik ok..! sangat2 selesa dan matching dengan aku..
* muntah*

OK2..Tapi sejak setahun dua ni aku rasa aku dah terpikat kat satu jenama ni..
Kedai ni banyak cawangan contohnya kat Times Square, Sunway pyramid, Mid Valley & byk2 lagi la..
Nanti cari sendiri ye................

Serius..
Aku suka tengok design2 T-shirt ngn jeans kt kedai ni..Memang taste aku la..Jeans yang ade semua wawuwawuwuwua...

Pasal harga..?
Tak perlu khuatir atau bimbang..

Becoz..
Because..


Harga jeans2 dan segala jenis baju-bajuan kat sini sangat2 berpatutan..
Murah gilerrrr.....=D


 Salah satu cawangan ROMP..









Pastikan ade tag hijau ni baru beli ye...

 Pulang dengan hati gumbira sambil mengendong beg plastik nie..ahakk..!







16 January 2011

- Al-kisah dahulu punye celita -

Sunday morning already...
Secara tiba-tiba teringat kisah zaman kejatuhan melaka dulu dan macamane aku tumpaskan penjajah dengan jayanya... * Boleh berhenti baca sekarang kalau rasa nak pengsan *

Al-kisahnya...
Bukan aku nak cerita pasal sejarah ni pun..(@_@)

Cuma nak mengimbau kembali kisah Dia Dan Aku..Aku Dan Dia..
1st time kenal masa 2 bulan Puasa OK...
Tarikhnye x berapa hingat tapi yang pastinya awal bulan 9 tahun 2008..
*Sekarang dh 2011 ye, harap maklum*

Pertama kali dia datang kat aku, aku nampak dari jarak jauh je..Bukan la dia dok jauh pon tapi aku x nampak wajah yang sebenarnya..Dah la tah brape nak ingat sangat muka dia..


Camnila dia datang kat aku..
Opss, jangan salah faham..aku cuma nak cerita dia datang kat aku pakai helmet yang membuatkan aku susah nak nampak muka dia je..takde la datang dengan gaya camni..
Boleh pengsan aku kalau dia datang dengan dressup ala nk lumba bagai..

Bila 1st time jumpa, aku masih tak boleh ingat muka dia camne sebab memang sangat2 x jelas..

Kali kedua jumpa..
Masih hampa...
Mengapa..??

Dia pakai anak tudung snow cap la pulakk...Lebih kurang gaya camni la dia pakai masa tu..
Apala yang dia nak sorok sangat rambut dia tu ntah...Tak pon masa tu dia rasa dia dok ala-ala kat Korea kot..sebab tu dia pakai Snow cap..

Kali kedua jumpa, jelas jugak la nampak muka dia cuma selagi tak nampak rambut, rasa tak lengkap lak hidup..*eh3, apa kena mengena lak dengan hidup..? *

Whatever.........
Kini, walaupun dari jauh aku hanya nampak cuping telinga dia je pon aku rasa aku boleh kenal dia..
Hebat tak..?
Tak hebat mana pon sebab.......kebanyakan orang bercinta akan kenal gaya pasangan dia secara sendirinya..

Tak percaya..?
Cubalah hari ini..
Hari ini..


- PERMATA YANG DICARI SUDAH KU TEMUI -

12 January 2011

BeRCiNTaN-CiNTuN Di KARANGKRAF


Seperti biasa..mulakan hari anda dengan madah cinta seperti tajuk diatas..
TAJUK..?? (>.<)..????

Disuatu pagi yang agak sejuk, aku dan kawan-kawan ku telah menaiki sebuah bas tajaan UPSI untuk ke shah alam..* Diam smua, budak tadika sedang mengarang cerita*

Kami semua amat gembira sekali sekala...
Sekali-sekala..? OMG...memang sah budak tadika yang tengah menaip ni...(@_@)

Untuk sambungan cerita diatas, biarlah gambar-gambar sahaja yang berbicara OK..(tukang taip sgt lazy skrg)



 
 
 

 
 
 

























Bubye KARANGKRAF..
Panjang umur jumpa lgi..
c ya..!!

07 January 2011

25 ciri-ciri orang yang mencintai kamu..

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 25 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.




1.Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.

2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.

3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.

4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.

5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selamat pagi', 'selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.

6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.

7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.

8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.

9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.

10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.

11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.

12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.

13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.

14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.

15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.

16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, dekat dihati?'
17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.

18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.

19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.

20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar.

21. walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat
membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.

22. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.

23. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.

24. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.

25. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.




"Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... Kamu akan menyesal melakukannya!"

06 January 2011

10 Perkara Bukti Lelaki itu Rumit

LELAKI...
Memang rumit..
Tak percaya..? Cuba kenali salah sorang lelaki dengan sebetul-betulnya..
Confirm tidak larat fikir pasal lelaki ini..

Cuba la baca dan fikir samada betol atau tidak....
Para lelaki, jangan marah ye...

LELAKI...

1.Jika kamu melayannya dengan baik, dia fikir kamu jatuh cinta kepadanya.
Jika tidak, kamu akan dianggapnya sombong.

2. Jika kamu berpakaian cantik, dia fikir kamu sedang cuba untuk menggodanya.
Jika tidak, dia kata kamu kekampungan.

3. Jika kamu berdebat dengannya, dia kata kamu keras kepala.
Jika kamu berdiam diri, dia kata kamu tak ada IQ tinggi.

4. Jika kamu lebih pintar daripada dia, dia akan jatuh air muka.
Jika dia yang lebih pintar, dia bilang hebat.

5. Jika kamu tidak cinta padanya, dia akan cuba mendapatkanmu bermati-matian.
Jika kamu mencintainya, dia akan cuba untuk meninggalkanmu.

6. Jika kamu beritahu dia masalahmu, dia kata kamu menyusahkan.
Jika tidak, dia tuduh kamu tidak mempercayainya..

7. Jika kamu cerewet padanya, dia anggap kamu seperti seorang pengasuh .
Jika dia yang cerewet pada kamu, itu kerana dia mengambil berat.

8. Jika kamu mungkir janji kamu, kamu tidak boleh dipercayai.
Jika dia yang ingkari janjinya, dia melakukannya kerana terpaksa.

9. Jika kamu menyakitinya, kamu sangat kejam.
Jika dia yang menyakitimu, itu kerana kamu terlalu sensitif dan terlalu sukar
untuk dijaga hati.

10. Jika kamu mengirimkan ini pada lelaki-lelaki, mereka pasti bersumpah semua
ini tidak benar


 ini lelaki..


 Ini bukan perempuan = Lelaki..

04 January 2011

Mari2...Makan roti panas2..

Pernah makan Roti Boy tak..?
Mesti pernah kan..kalau tak pernah, pura2 jelah pernah..
Aku tak tau pulak roti boy ni sedap..
Kalau orang yang tak pernah dengar mesti terfikir roti boy ni sejenis makanan atau bakeshoppe kan?
Roti boy ni nama kedai ni la..tapi dalam kedai ni ada 1 jenis roti yang jugak dipanggil "roti boy".

1st time aku makan roti boy ni kat KLCC setelah diperkenalkan oleh seseorang yang dekat di hati..
*dah2, xyah jiwang la makcik..*

Ni la roti boy bakeshoppe KLCC..
maap, gambar kurg jelas akibat masalah teknikal...

Nak alamat shop ni pon boleh..
Rotiboy KLCC
Lot C69-C70, Suria KLCC Shopping Centre
Kuala Lumpur City Centre
50088 Kuala Lumpur
Wilayah Persekutuan, Malaysia
 

03-21688268..

Banyak lagi cawangannya tapi cukup la aku promosi kt KLCC..*cukup la satu aje aje*
Sapa2 nak mintak keje leh la datang kat sini..memang dorang tengah cari pekerja pon..sila2..
No phone pon ada tu...amik la..amik..jangan malu-malu kucing lak..
Kalau nak tau lebih lanjut pasal roti boy ni leh la singgah-singgah kat Roti.! Roti.!

Roti yang tengok macam tak sedap tapi hakikatnya sedap..*Opsss...!!*

Blueberry Cheeseboy
 
 
 
Buttermilkboy
 
 
 
Rotiboy Original
I prefer this one for me..Only Rm2..
Makan panas2 baru ada ummpphh..
 
Banyak lagi jenis roti kat sini..bermacam-macam jenis, rasa dan rupa..nanti ada masa pergi la bawak 1 keluarga melawat kedai ni tau.. (^_*)

Permulaan Semester...

Permulaan semester baru...
Bila agak bosan di Tanjung malim, sudah tentu aku akan mengorak langkah ke negeri seberang..
tidaklah jauh mana pun..
Kuala je...
Kuala la..
Kuala Lumpur la...

Permulaan sem aku selalunya memang macam ni..Berjalan-jalan menghabiskan duit ya..
Habiskan..
Habiskan..*Bisikan syaitonnn*

Isnin-03/01/2011,
Semua pelajar sibuk berkejar-kejar untuk memulakan kuliah yang pertama bagi semester ini tetapi ada sorang insan ni sibuk terkejar-kejar nak pergi shopping..Parah dah budak ni.. Anak sapa yer..??


Oklah..marilah kita biarkan gambar-gambar ini sahaja yang bercerita..
Mari..
Mari..

Permulaan hari, bersarapan bubur ayam di KFC..i luv porridge..nyum3..Lazat..



Budak kecik lak bersarapan "nasi lemak enak"..Enak..?
Itu adalah nama makanan yang terpampang di board kfc ye..
Tapi..memang enak la nasi lemak ni..


Selepas makan dengan lahap kenyangnya, Its time for movie...yeah..Movie..
Gulliver's Travels menjadi pilihan diantara banyak2 filem..Best citer nie..Yang penting bukan cerita hantu OK..i dont like ghost story..
*linda adalah manusia yang mudah terkejut dengan sound affect ye..terkejut dengan bunyi kuat..*

Lapar..Lapar..
What..??? Lapar lagi...ayoyo..perut ape korang berdua ni agaknye..??
Jom..jom..jom..jommm..jom makan makan..

Menu pilihan untuk tengahari ialah makanan thai..*pengemar tegar makanan thai*
Tapi sayang..makanan itu tidak sempat di snap terlebih dahulu kerana kami lebih dulu dengan rakusnya memakan segala2 yang terhidang..
*lapaq sangat ka chek..?*

Makanan pilihan aku sudah tentu "TOMYAM KUNG"
Perrgghhh...mantoppp....!!!! sangat sedap tomyam 2..Pedas, Panas, likat, pekat smua ada..
Mahukan bukti, pergi lah ke Berjaya Times Square tingkat...??   #sori, x ingat#
Sempat amik pic kedai ni ja..


Kedai ni tau..jangan g kedai lain lak...




Ok...Shopping time..!! i like this moment..pusing sana, pusing sini..
dapat juga barang yang hendak dibeli..
Hendak..? eh,bukan hendak tapi nafsu beli yang menguasai diri..
Very2 thankful to my lovely, my sweetheart, my dear and...wat ever...
Tima kasih sebab..sebab..blanja ayg soping2 manyak2 ye..hehe..
*Nanti jalan2 lagi yekk..hehe*

Nak makan lagi x..?
Lepas penat bersoping-soping, menu petang kitorang ialah..Jeng..jeng..jeng..
KFC LAGI..????
Yelah...tapi..amik menu JOM JIMAT je..kena la jimat, duit dah abis borong segala macam..*sedih2*


Pastu..
Pastu apa lagi, Balik la oiii...
Balik cepat, mak panggil balik..


Selamat tinggal Times Square, nanti ku datang lagi..jangan risau...=))

P/s : Thank sayangku atas segala-galanya..
Bukan untuk arini sahaja tapi untuk hari sebelum-sebelum ni dan juga yang akan datang..
Love u lot..




Sila2...isikan maklumat anda agar saya boleh melawat anda nanti..OK..=))

Isikan nama anda disini :
Email anda :
Link blog anda :
Entri apakah yang menarik minat anda : sukan
hiburan
fesyen
fotografi
isu semasa
cinta
gaya hidup

Click here to put a form like this on your site.

♥ ♥♥ ♥♥ ♥ CLiCk HeRe ♥ ♥♥ ♥♥ ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...