♥ ♥♥ ♥♥ ♥ CLiCk HeRe ♥ ♥♥ ♥♥ ♥

21 February 2013

POLITIK bukan duniaku

POLITIK...


Secara tiba2 malam ni aku rasa agak terkesan bila melihat tomahan,cacian,hinaan yang diberikan oleh pihak2 yang tidak bertanggungjawab kepada pihak kerajaan.
Sejujurnya, aku tidak pernah lagi mengundi dan tidak pernah terfikir lagi pimpinan mana yang bakal aku pilih menjelang PRU nanti. Namun begitu, malam ini dengan tidak sengajanya aku telah terbuka 1 page di laman sosial FB yang mengandungi pelbagai gambar2 yang telah di edit yang sekeras2nya menghina kerajaan dan pemimpinnya.

Aku bukanlah insan yang sangat peduli tentang hal2 demikian sebelum ini namun gambar2 tersebut bagi aku sangat2 lah memalukan. aku bukan lah sokong atau menyebelahi mana2 pihak namun aku sangat tidak setuju dengan apa yang telah mereka lakukan dengan gambar2 pemimpin Malaysia tersebut.

Bagi pendapat aku, jikalau kita tidak suka seseorang atau caranya sekalipun tetapi tidak perlulah mengaibkannya sebegitu. Dalam islam ada ke menyuruh umatnya menghina seseorang yang kita tidak suka? Walaupun orang tersebut menyokong parti pembangkang pun, perlu ke sampai menghina sedemikian rupa? Pemimpin pembangkang pun rasanya tidak akan membenarkan benda sebegitu berlaku.

Kalau nak fikirkan balik, terlalu banyak dah penghinaan yang dilakukan oleh parti2 yang bertanding. Masing2 ada kebaikan dan kekurangannya. Kita sebagai manusia juga ada kelebihan kekurangannya jadi kita x perlu nak menghakimi seseorang yang kita hanya kenal melalui kaca tv sahaja.

Bila agak feeling lebih malam ni dalam hal politik, rasa macam nak gelak kat diri sendiri pun ada. Dulu masa masih study, takda la pulak nak berbahas macam ni dalam presentation. Tapi harini terlebih emosi pulak.

Bila kita kenang balik apa yang kerajaan dah buat, kita sememangnya dah terlalu selesa dengan pelbagai kemudahan yang ada. Tak perlu pergi jauh, cukup la kita tengok negara jiran kita Thailand dan Indonesia. damai kah mereka? Mereka dapat ke apa yang kita dapat hari ini?

Ini tidak..bila orang mohon BR1M, dia pon nak. orang lain dah dapat BR1M, dia bising2 sebab tak dapat lagi. Bila dah dapat, senyap ja...Tapi dia yang paling teruk maki hamun kerajaan. Apa kerajaan buat semua tak kena. tapi itulah hakikatnya...kita tidak mampu memuaskan hati semua pihak. Orang sebegini adalah orang yang tak pernah bersyukur.

Paling kelakar bila kawan-kawan dapat kerja kerajaan. Orang yang tak puas hati kat kerajaan juga sebenarnya salah seorang yang memang mengharap nak kerja kerajaan. Tipulah kalau siapa yang tak nak kerja kerajaan. Lain lah kalau orang tu kaya raya ada perniagaan sendiri.

Siapa yang baca entri ni mesti ada yang maki hamun aku kat belakang. tapi aku x kisah. aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Aku juga belajar politik dan aku tahu apa sebenarnya masalah antara pihak kerajaan dan pembangkang. Sejujurnya, pihak kerajaan ada juga yang tidak betulnya. Aku juga tidak semuanya setuju dengan cara pemerintahan kerajaan kerana mereka juga ada sumthing di belakang rakyat yang tidak semua orang tahu.

Penyelewengan pasti ada dalam setiap kerajaan. Zaman sekarang ada ke yang betul2 tulus,telus dan bersih sesucinya? pasti ada juga muslihat di sebalik sesuatu. Namun, aku rasa orang-orang yang tidak setuju dengan kerajaan atau pembangkang perlu tunjukkan kematangan mereka dalam berbicara atau perlakuan. Sebagai contoh, kita tidak setuju dengan cara pemerintah seseorang maka kita perlu bersuara dengan cara yang betul. kita boleh mengutarakan ketidakpuasan hati kita kepada pihak yang sepatutnya. Kita berhak mengkritik apa yang salah dan berhak mengiyakan apa yang benar. Negara kita negara demokrasi jadi tiada masalah untuk kita mengutarakan pendapat kita dan menegakkan hak kita.

Cuma...pastikan kena dengan caranya. Rasanya tidak perlu lah MENGAIBKAN atau MENGHINA sewenang2nya. Gunakan cara yang betul.

Orang yang berakal tidak akan mengkritik sesuatu dengan cara MENGHINA dan MEMAKI HAMUN.


.: Sememangnya politik bukan duniaku. Entri mengenai POLITIK ini adalah yang pertama dan terakhir akan aku coretkan. Tiada lagi politik2 untuk entri selanjutnya. :.

No comments:




Sila2...isikan maklumat anda agar saya boleh melawat anda nanti..OK..=))

Isikan nama anda disini :
Email anda :
Link blog anda :
Entri apakah yang menarik minat anda : sukan
hiburan
fesyen
fotografi
isu semasa
cinta
gaya hidup

Click here to put a form like this on your site.

♥ ♥♥ ♥♥ ♥ CLiCk HeRe ♥ ♥♥ ♥♥ ♥

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...